Obesiti... apa kesannya???

Obesiti atau masalah kegemukan telah menjadi satu ancaman yang serius kepada negara. Setiap tahun peratusan obesiti semakin meningkat dan terus meningkat. Dari Soal Selidik Pemakanan Kebangsaan 2002 / 2003 oleh Kementerian Kesihatan peratusan obesiti meningkat kepada 27% berbanding 16.6% pada tahun 1996. Manakala pada tahun 2006 pula peratusan terus meningkat kepada 43.1% dan adalah antara negara yang mengalami masalah obesiti yang tertinggi di Asia. Empat daripada 10 orang dewasa yang melebihi usia 18 tahun di negara ini sama ada mengalami kegemukan atau terlebih berat badan, kata Menteri Kesihatan Datuk Liow Tiong Lai.



  1. APA ITU OBESITI?
    • Obesiti ialah sejenis penyakit nutrisi.
    • Seseorang dikatakan obes jika:
      • Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi 40 atau 35
      • beratnya adalah 30% lebih tinggi daripada julat normal bagi tinggi badan, jantina dan umurnya.
    • Seseorang dikatakan obes jika:
      • Nisbah pinggang-ke-pinggul (WHR)  dikira dengan membahagikan lilitan pinggang dengan lilitan pinggul. WHR ialah suatu ukuran mudah untuk taksiran pembahagian lemak dalam badan.
    •    Keliling pinggang       sm/in
    •      Keliling pinggul        sm/in
    • Seseorang dikatakan obes jika:
      • WHR sebanyak 0.9 atau kurang dianggap sihat bagi kaum lelaki dan nisbah sebanyak 0.8 atau kurang dianggap sebagai petunjuk sihat bagi kaum wanita.
      • WHR sebanyak 1.0 atau lebih menandakan peningkatan risiko bagi keadaan kurang sihat dan isyarat bahawa tindakan untuk mengurangkan lemak daripada bahagian perut adalah langkah yang bijak.
  2. APA PUNCA OBESITI?
    • Genetik atau keturunan – gaya pemakanan keluarga
    • Pemakanan - Makanan yang telah di proses kebanyakkannya mempunyai kadar gula dan lemak yang tinggi.
    • Kurang aktiviti/senaman
    • Pengambilan ubat-ubatan
  3. APA KESAN OBESITI?
    • Dari segi emosi, seorang yang obes boleh menghadapi masalah kekurangan keyakinan diri dan depresi kerana tidak dapat menikmati hidup yang normal dan aktif.
    • Selain itu, berat badan berlebihan boleh merosakkan sendi dan mengakibatkan osteoartritis.
    • Obesiti yang serius juga meningkatkan risiko untuk penyakit tekanan darah tinggi, diabetes , masalah pundi hempedu, gout, penyakit jantung dan kanser. 
  4. CARA MENGATASI OBESITI
    • PEMAKANAN SEIMBANG
    • Mengurangkan gula, garam, alkohol dan makanan berlemak; makanan segera.
    • Mengelakkan produk tenusu lemak penuh; snek begula dan berlemak seperti kek, biskut dan kacang
    • Memperbanyakkan buah-buahan, sayur-sayuran  dan salad; karbohidrat kompleks yang terdapat dalam pasta dan ubi kentang
    • SENAMAN:
    • Berjalan kaki dengan cepat, menaiki tangga, bersenam aerobik .
    • Berlari, lari-lari anak (joging), ber basikal , berenang , atau merentas desa.
    • Bersukan dengan bermain tenis , bola sepak , atau skuasy .
    • Berjalan-jalan, berkebun .
    • Melakukan kerja-kerja rumah, menari, dan aktiviti-aktiviti yang lain.
  5. AMALKAN GAYA HIDUP YANG SIHAT! 

0 comments:

Post a Comment