- APA ITU OBESITI?
- Obesiti ialah sejenis penyakit nutrisi.
- Seseorang dikatakan obes jika:
- Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi 40 atau 35
- beratnya adalah 30% lebih tinggi daripada julat normal bagi tinggi badan, jantina dan umurnya.
- Seseorang dikatakan obes jika:
- Nisbah pinggang-ke-pinggul (WHR) dikira dengan membahagikan lilitan pinggang dengan lilitan pinggul. WHR ialah suatu ukuran mudah untuk taksiran pembahagian lemak dalam badan.
- Keliling pinggang sm/in
- Keliling pinggul sm/in
- Seseorang dikatakan obes jika:
- WHR sebanyak 0.9 atau kurang dianggap sihat bagi kaum lelaki dan nisbah sebanyak 0.8 atau kurang dianggap sebagai petunjuk sihat bagi kaum wanita.
- WHR sebanyak 1.0 atau lebih menandakan peningkatan risiko bagi keadaan kurang sihat dan isyarat bahawa tindakan untuk mengurangkan lemak daripada bahagian perut adalah langkah yang bijak.
- APA PUNCA OBESITI?
- Genetik atau keturunan – gaya pemakanan keluarga
- Pemakanan - Makanan yang telah di proses kebanyakkannya mempunyai kadar gula dan lemak yang tinggi.
- Kurang aktiviti/senaman
- Pengambilan ubat-ubatan
- APA KESAN OBESITI?
- Dari segi emosi, seorang yang obes boleh menghadapi masalah kekurangan keyakinan diri dan depresi kerana tidak dapat menikmati hidup yang normal dan aktif.
- Selain itu, berat badan berlebihan boleh merosakkan sendi dan mengakibatkan osteoartritis.
- Obesiti yang serius juga meningkatkan risiko untuk penyakit tekanan darah tinggi, diabetes , masalah pundi hempedu, gout, penyakit jantung dan kanser.
- CARA MENGATASI OBESITI
- PEMAKANAN SEIMBANG
- Mengurangkan gula, garam, alkohol dan makanan berlemak; makanan segera.
- Mengelakkan produk tenusu lemak penuh; snek begula dan berlemak seperti kek, biskut dan kacang
- Memperbanyakkan buah-buahan, sayur-sayuran dan salad; karbohidrat kompleks yang terdapat dalam pasta dan ubi kentang
- SENAMAN:
- Berjalan kaki dengan cepat, menaiki tangga, bersenam aerobik .
- Berlari, lari-lari anak (joging), ber basikal , berenang , atau merentas desa.
- Bersukan dengan bermain tenis , bola sepak , atau skuasy .
- Berjalan-jalan, berkebun .
- Melakukan kerja-kerja rumah, menari, dan aktiviti-aktiviti yang lain.
- AMALKAN GAYA HIDUP YANG SIHAT!
Obesiti... apa kesannya???
Posted by
Impian Jelita Online Shoppe
on Wednesday, November 18, 2009
Labels:
jus mate 5
0 comments:
Post a Comment