JM5 Realisasikan Impianku


Dulu aku gemuk. Serba serbinya sukar buatku. Aku sering saja rasa rendah diri. Terutama apabila berjalan dengan suami kerana dia seorang yang bertubuh kecil saja. Tahun demi tahun berat badanku kian meningkat dan terus meningkat. Bukanlah aku tidak pernah cuba untuk kurus. Dah macam-macam yang ku ikhtiarkan termasuk pergi ke pusat-pusat pengurusan badan. Duit pun telah beribu keluar. Namun berat badan tetap bertambah. Sehingga akhirnya aku kecewa dan berhenti mencuba. Tetapi masalahku tidak berubah. Aku sering sakit-sakit kaki, malah doktor telah menasihatkan untuk aku menurunkan berat badan kerana ditakuti akan menghidapi penyakit-penyakit kronik lantaran keluargaku punya sejarah menghidapi penyakit tersebut. Arwah ayah dan emak pernah mengidap darah tinggi, sakit jantung dan kencing manis. Jadi tak mustahil aku akan mendapat penyakit itu kerana  itu adalah penyakit keturunan. Malahan arwah emak meninggal kerana kegagalan jantung yang diselaputi lemak. Adui!!! jika aku tidak buat sesuatu dengan diriku alamatnya, aku pun akan tergolong di dalam kategori yg berpenyakit kronik. Aku tidak mahu untuk menanggung risiko tersebut. 

Bemula dari detik itu, aku mencari sesuatu yang boleh menjadikan aku kurus semula. Pada Mac 2008 aku terbaca mengenai JUS DIET MATE 5 di HARIAN METRO. Lantas mengungjungi website HPM dan aku memutuskan untuk mencuba produk tersebut. Pada percubaan pertama aku gagal kerana kekurangan semangat dan tiada galakan dan dorongan. Tapi pada Februari 2009 aku mencuba sekali lagi. Dengan info-info yang diperolehi melalui laman web, akhbar harian metro dan panduan daripada upline, akhirnya aku berjaya kembali langsing. Dari berat badan 100kg kini aku berjaya mengurangkan sebanyak 18kg kepada 82kg. Bagiku ini adalah pencapaian yang amat menggalakkan. Setelah bertahun mencuba, akhirnya JM5 merealisasikan impianku. Sekarang aku semakin sihat, langsing dan berkeyakinan tinggi. Tiada lagi rasa malu untuk berhadapan dengan orang ramai malah suami juga bertambah sayang dan bangga dengan pencapaianku. Syukur ALHAMDULILLAH...

0 comments:

Post a Comment